Menjadikan Konsep Abstrak Lebih Mudah Difahami Melalui Animasi Keynote
Subjek: Kimia Tingkatan 4
Subtopik: Sebatian Kovalen
Video ini menunjukkan bagaimana konsep aplikasi sebatian kovalen dapat diterangkan secara visual menggunakan gabungan teknologi Apple dan kreativiti dalam bilik darjah. Dengan menggunakan pen dakwat yang boleh dipadamkan menggunakan semburan alkohol, saya menghasilkan kesan animasi yang menerangkan aplikasi berkaitan dengan aplikasi ikatan kovalen yang dimana sebatian kovalen di dalam pen penanda dakwat kekal boleh dilarutkan oleh pelarut organik.
Melalui Apple Keynote, animasi ini disusun dan dianimasikan bagi membantu pelajar melihat proses yang biasanya berlaku pada aras mikroskopik dan sukar dibayangkan. Dan dengan menggunakan iMovie, musik latar belakang ditambah.
Teknologi yang digunakan: iPad, Apple Keynote, iMovie, pen dakwat boleh dipadamkan dan semburan alkohol.
Impak terhadap pembelajaran: Pendekatan ini meningkatkan penglibatan pelajar, menggalakkan pembelajaran visual, dan membantu mereka memahami konsep Kimia yang abstrak dengan lebih jelas. Selain itu, penggunaan bahan yang mudah diperoleh membuktikan bahawa inovasi dalam pendidikan tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi, tetapi bergantung kepada kreativiti dalam memanfaatkan teknologi yang tersedia.
Apabila teknologi dan kreativiti digabungkan, konsep yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dapat dihidupkan menjadi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna.
Attach up to 5 files which will be available for other members to download.